Showing posts with label HAIWAN. Show all posts
Showing posts with label HAIWAN. Show all posts

Monday, 20 May 2013

Jenis Makanan Haiwan. 

Jenis makanan juga berbeza-beza bagi sesetengah haiwan.


1)Herbivor 

Maksud perkataan herbivore adalah 
haiwan pemakan tumbuhan, pemakan tumbuh-tumbuhan, yang hanya memakan tumbuhan sahaja.





Contoh:





a. Gajah makan 
 rumput, ditambah dengan dedaunan, ranting, akar, dan sedikit buah, benih dan bunga


b. Tupai makan kacang , benih dan buah - buahan
c. Lembu dan biri - biri makan rumput sahaja

2)Karnivor (Haiwan yang makan haiwan lain)

Contoh:
a. harimau dan singa

b. leopard

 3)Omnivor (Haiwan yang makan tumbuhan dan haiwan lain)    
Contoh:
a. anjing
b. kucing
c. monyet




Cara pembiakan haiwan

Sesetengah haiwan membiak secara bertelur. Telur yang dikeluarkan akan menetas dan mengeluarkan anak haiwan tersebut. Bagi sesetengah haiwan yang yain pula, membiak secara melahirkan anak. 



a. Haiwan membiak secara bertelur





- spesies ular bertelur, tetapi kebanyakannya juga membiarkan telurnya sejurus selepas bertelur. Bagaimanapun, sebilangan kecil spesies (seperti ular tedung selar) sesungguhnya membina sarang dan tinggal dekat dengan anak-anak yang baru menetas selepas mengeram. Kebanyakan ular sawa melingkari sangkak telurnya dan tinggal bersama telur-telurnya itu hingga menetas. Ular sawa betina tidak sesekali meninggalkan telurnya, kecuali sewaktu berjemur di matahari atau minum air sekali-sekala. Ular sawa betina juga "menggigil" untuk menjana haba untuk mengeram telurnya.

- Sesetengah spesies ular menyimpan telur dalam badannya sehingga telur itu sedia untuk menetas.







Klik untuk video penetasan telur ayam:


b. Haiwan membiak secara melahirkan anak



























HABITAT HAIWAN 

Habitat adalah tempat tinggal bagi kehidupan. Ada haiwan yang hidup di dalam air sahaja dan ada haiwan yang boleh hidup di darat sahaja. Ada pula haiwan yang boleh hidup di kedua-dua tempat, iaitu di darat dan di dalam air. 

1. Haiwan yang hidup di dalam air sahaja

a. sotong


b. ketam




c. ikan emas

d. ampai - ampai


2. Haiwan yang hidup di darat sahaja

a. rama - rama



b. kuda

c. siput

3. Haiwan yang hidup di dalam air dan di darat

a. buaya



b. kura -kura
c. katak