Sunday 19 May 2013


Cara - cara menjaga gigi

a. Penjagaan sendiri  

  • Makanlah makanan yang seimbang dan pelbagai. 
  • Gosok gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari sebaik sahaja selepas makan. Jika
  • anda tidak dapat memberus gigi selepas makan, berkumurlah dengan air. 
  • Gunakan ubat gigi berflorida atau jel untuk menguatkan struktur enamel gigi. 
  • Jalani pemeriksaan dengan doktor gigi setiap 6 bulan - mulakan pemeriksaan
  • gigi anak-anak anda pada umur 3 tahun. 
  • Gunakan alat pelindung mulut jika anda terlibat dalam sukan seperti bolasepak dan hoki. 
  • Sentiasa memakai tali pinggang keselamatan ketika memandu. 
  • Jika anda menghadapi masalah mengunyah gigi semasa tidur, dapatkan nasihat 
  • doktor gigi sama ada anda perlu memakai alat tertentu untuk mengelakkan dari menggesel gigi. 
  • Jangan mengunyah ais, pen atau pensil. 
  • Jangan gunakan gigi untuk membuka klip kertas dan lain-lain. 
  • Jika anda menghisap paip, jangan menggigit batang paip tersebut. 
  • Berhenti mengambil alkohol dan menggunakan produk daripada tembakau. 
  • Elakkan daripada menghisap buah lemon atau mengunyah aspirin dan pil vitamin C, mengambil minuman ringan, gula-gula, kek, pastri, karbohidrat yang halus (telah disaring) dan apa-apa bentuk gula. 
  • Mengambil makanan bergula menyebabkan bakteria membentuk asid yang akan memakan gigi. Asid ini akan menghakis enamel gigi.

b. Memberus gigi 
  • Jika boleh beruslah gigi anda setiap kali selepas makan. 
  • Jika tidak beruslah gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari - selepas sarapan dan sebelum tidur dan berkumurlah selepas setiap kali makan dan snek. 
  • Pemberusan yang sempurna melibatkan pemilihan dan penjagaan berus gigi serta penggunaannya yang betul.
  • Terdapat banyak jenis berus gigi yang boleh didapati dipasaran dalam pelbagai saiz, bentuk dan panjangnya.
  •  Ciri-ciri yang penting semasa memilih berus gigi ialah:
  1. Pemegang yang mudah dikendalikan.                          
  2. Kepalanya leper dan disesuaikan supaya boleh             sampai ke mana-mana bahagian mulut.                         
  3. Permukaan berus yang padat.                                    
  4. Bulu-bulu berusnya diperbuat daripada filamen nilon yang lembut, panjang menirus, anjal dan berbentuk bulat di hujungnya. 




Untuk maklumat tentang masalah pergigian, layarilah laman web berikut http://ohd.moh.gov.my/modules/xt_conteudo/index.php?id=81


No comments:

Post a Comment