Monday 20 May 2013

Jenis Makanan Haiwan. 

Jenis makanan juga berbeza-beza bagi sesetengah haiwan.


1)Herbivor 

Maksud perkataan herbivore adalah 
haiwan pemakan tumbuhan, pemakan tumbuh-tumbuhan, yang hanya memakan tumbuhan sahaja.





Contoh:





a. Gajah makan 
 rumput, ditambah dengan dedaunan, ranting, akar, dan sedikit buah, benih dan bunga


b. Tupai makan kacang , benih dan buah - buahan
c. Lembu dan biri - biri makan rumput sahaja

2)Karnivor (Haiwan yang makan haiwan lain)

Contoh:
a. harimau dan singa

b. leopard

 3)Omnivor (Haiwan yang makan tumbuhan dan haiwan lain)    
Contoh:
a. anjing
b. kucing
c. monyet




Cara pembiakan haiwan

Sesetengah haiwan membiak secara bertelur. Telur yang dikeluarkan akan menetas dan mengeluarkan anak haiwan tersebut. Bagi sesetengah haiwan yang yain pula, membiak secara melahirkan anak



a. Haiwan membiak secara bertelur





- spesies ular bertelur, tetapi kebanyakannya juga membiarkan telurnya sejurus selepas bertelur. Bagaimanapun, sebilangan kecil spesies (seperti ular tedung selar) sesungguhnya membina sarang dan tinggal dekat dengan anak-anak yang baru menetas selepas mengeram. Kebanyakan ular sawa melingkari sangkak telurnya dan tinggal bersama telur-telurnya itu hingga menetas. Ular sawa betina tidak sesekali meninggalkan telurnya, kecuali sewaktu berjemur di matahari atau minum air sekali-sekala. Ular sawa betina juga "menggigil" untuk menjana haba untuk mengeram telurnya.

- Sesetengah spesies ular menyimpan telur dalam badannya sehingga telur itu sedia untuk menetas.







Klik untuk video penetasan telur ayam:


b. Haiwan membiak secara melahirkan anak



























HABITAT HAIWAN 

Habitat adalah tempat tinggal bagi kehidupan. Ada haiwan yang hidup di dalam air sahaja dan ada haiwan yang boleh hidup di darat sahaja. Ada pula haiwan yang boleh hidup di kedua-dua tempat, iaitu di darat dan di dalam air

1. Haiwan yang hidup di dalam air sahaja

a. sotong


b. ketam




c. ikan emas

d. ampai - ampai


2. Haiwan yang hidup di darat sahaja

a. rama - rama



b. kuda

c. siput

3. Haiwan yang hidup di dalam air dan di darat

a. buaya



b. kura -kura
c. katak



Sunday 19 May 2013


Cara - cara menjaga gigi

a. Penjagaan sendiri  

  • Makanlah makanan yang seimbang dan pelbagai. 
  • Gosok gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari sebaik sahaja selepas makan. Jika
  • anda tidak dapat memberus gigi selepas makan, berkumurlah dengan air. 
  • Gunakan ubat gigi berflorida atau jel untuk menguatkan struktur enamel gigi. 
  • Jalani pemeriksaan dengan doktor gigi setiap 6 bulan - mulakan pemeriksaan
  • gigi anak-anak anda pada umur 3 tahun. 
  • Gunakan alat pelindung mulut jika anda terlibat dalam sukan seperti bolasepak dan hoki. 
  • Sentiasa memakai tali pinggang keselamatan ketika memandu. 
  • Jika anda menghadapi masalah mengunyah gigi semasa tidur, dapatkan nasihat 
  • doktor gigi sama ada anda perlu memakai alat tertentu untuk mengelakkan dari menggesel gigi. 
  • Jangan mengunyah ais, pen atau pensil. 
  • Jangan gunakan gigi untuk membuka klip kertas dan lain-lain. 
  • Jika anda menghisap paip, jangan menggigit batang paip tersebut. 
  • Berhenti mengambil alkohol dan menggunakan produk daripada tembakau. 
  • Elakkan daripada menghisap buah lemon atau mengunyah aspirin dan pil vitamin C, mengambil minuman ringan, gula-gula, kek, pastri, karbohidrat yang halus (telah disaring) dan apa-apa bentuk gula. 
  • Mengambil makanan bergula menyebabkan bakteria membentuk asid yang akan memakan gigi. Asid ini akan menghakis enamel gigi.

b. Memberus gigi 
  • Jika boleh beruslah gigi anda setiap kali selepas makan. 
  • Jika tidak beruslah gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari - selepas sarapan dan sebelum tidur dan berkumurlah selepas setiap kali makan dan snek. 
  • Pemberusan yang sempurna melibatkan pemilihan dan penjagaan berus gigi serta penggunaannya yang betul.
  • Terdapat banyak jenis berus gigi yang boleh didapati dipasaran dalam pelbagai saiz, bentuk dan panjangnya.
  •  Ciri-ciri yang penting semasa memilih berus gigi ialah:
  1. Pemegang yang mudah dikendalikan.                          
  2. Kepalanya leper dan disesuaikan supaya boleh             sampai ke mana-mana bahagian mulut.                         
  3. Permukaan berus yang padat.                                    
  4. Bulu-bulu berusnya diperbuat daripada filamen nilon yang lembut, panjang menirus, anjal dan berbentuk bulat di hujungnya. 




Untuk maklumat tentang masalah pergigian, layarilah laman web berikut http://ohd.moh.gov.my/modules/xt_conteudo/index.php?id=81


Struktur Gigi Manusia









GIGI MANUSIA


Gigi ialah struktur kecil berwarna putih yang terdapat di dalam mulut.







Berikut merupakan hayat gigi